![]() |
Pokok Bertam |
Tandan Bertam |
![]() |
Anyaman Bertam |
![]() |
Kelarai Bertam |
Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku.
Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.
Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.
Sebagai salah satu apresiasi seni di Musolla Al-Huda, seni kelarai bertam telah digunakan pada bahagian mihrab. Seni kelarai bertam digunakan bersesuaian dengan nama sekolah iaitu SMK Bertam Perdana. Motif yang digunakan ialah Siku Keluang pada bahagian atas, Songket Sembilan pada bahagian tepi dan Songket Satu pada bahagian bawah.
Musolla Al-Huda menghargai warisan seni tempatan zaman berzaman...

Seni Kelarai Bertam di Musolla Al-Huda SMK Bertam Perdana |
No comments:
Post a Comment